Majlis berbuka puasa bersama2 AJK persatuan alumni semenda di Dol Tom Yam Seremban
PERTUBUHAN SEDEKAD ALUMNI SEMENDA 89-98
Aktiviti Terkini
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 9, 2010
ALUMNI SEMENDA (SPM 91-98)
Kenangan Alumni Semenda bergambar di Muzium Replika Raja Melewar
Aktiviti pertama alumni semenda telah diadakan pada 26 Jun 2010 bertempat di Muzium Replika Raja Melewar, Astana Raja Kota, Negeri Sembilan. Perjumpaan ini telah berlansung dengan meriahnya dengan kehadiran bekas2 pelajar Semenda bersama keluarga masing2. Pogram ini telah berlansung dari pagi bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Tetamu VIP yang hadir ialah YB Dato DR Awalaudin Bin Hj Said (ADUN kawasan Kota), Datuk Ketua Kampung Astana Raja En Hj Mohd Noor Bin Pendek, Pengarah Muzium Negeri Sembilan En. Shamsudin (diwakili oleh Pegawai Muzium Rembau En. Norizan Bin Mohd Noor) dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Astana Raja.
Ketika sesi dialog diadakan diantara AJK majlis dan alumni, banyak idea dan pandangan serta cadangan yang diberi bagi hala tuju alumni untuk masa akan datang. Diantaranya cadangan untuk menubuh kan alumni sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar bagi mengumpul seramai mungkin bekas2 pelajar Semenda dan juga membantu bekas2 pelajar Semenda yang kurang bernasib baik dari segi kesihatan dan pembelajaran anak2. Alhamdulillah dengan sebulat suara AJK yang terlibat dengan majlis ini telah bersetuju untuk menubuhkan alumni Semenda sebagai satu pertubuhan yang berdaftar. Pada tarikh 27 Julai 2010 alumni semenda telah didaftarkan dengan nama " PERTUBUHAN SEDEKAD ALUMNI SEMENDA 89-98"....
Pasukan koir terdiri dari AJK majlis menyampaikan lagu Semenda
Aktiviti pertama Pertubuhan Sedekad Alumni Semenda 89-98
Pengerusi dan Naib Pengerusi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Semenda SKAR
Pertubuhan Sedekad Alumni Semenda 89-98 telah mula melangkah kehadapan dengan merancang satu perjumpaan untuk semua bekas2 pelajar Sekolah Menengah Datuk Abdullah (SEMENDA) dan menggabungkang bekas2 pelajar Sekolah Kebangsaan Astana Raja (SKAR) didalam satu majlis yang diberi nama " Rumah Terbuka Aidilfitri Semenda SKAR". Majlis ini dirancang akan diadakan pada 9 Oktober 2010 bertempat di Port Dickson. Bebeberapa mesyuarat telah dibuat bagi membincangkan berkenaan majlis ini.
AJK majlis
AJK Majlis sedang mendengar ucapan Pengerusi
AJK sedang mencatat agenda mesyuarat
Puan Setiausaha Majlis dan Pertubuhan
Subscribe to:
Posts (Atom)