Aktiviti Terkini

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SEMENDA & SKAR 2010
AKAN DIADAKAN PADA 9 OKTOBER 2010 (SABTU, BERTEMPAT DI PORT DICKSON, JAM 7:00PM HINGGA 12:AM, SILA HUBUNGI PUAN RAJA FAEZAH DITALIAN 0132470054 DAN PUAN MEGAWATI DITALIAN 0172187215

MAJLIS INI TERBUKA KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR SEMENDA DAN SKAR

MARI SAMA2 MERIAHKAN MAJLIS INI

SEBARANG PERTANYAAN DAN PENYERTAAN BOLEH HUBUNGI AJK2 YANG TERLIBAT

MOH KITO BERAYO KEK PD

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA



MOGA IBADAH KITA DITERIMA DAN DIBERKATI

Monday, August 9, 2010

ALUMNI SEMENDA (SPM 91-98)

Kenangan Alumni Semenda bergambar di Muzium Replika Raja Melewar
    

     Aktiviti pertama alumni semenda telah diadakan pada 26 Jun 2010 bertempat di Muzium Replika Raja Melewar, Astana Raja Kota, Negeri Sembilan. Perjumpaan ini telah berlansung dengan meriahnya dengan kehadiran bekas2 pelajar Semenda bersama keluarga masing2. Pogram ini telah berlansung dari pagi bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Tetamu VIP yang hadir ialah YB Dato DR Awalaudin Bin Hj Said (ADUN kawasan Kota), Datuk Ketua Kampung Astana Raja En Hj Mohd Noor Bin Pendek, Pengarah Muzium Negeri Sembilan En. Shamsudin (diwakili oleh Pegawai Muzium Rembau En. Norizan Bin Mohd Noor) dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Astana Raja.
     Banyak aktiviti dan acara sukan yang telah disusun oleh AJK majlis bagi memenuhi ruang masa yang ada juga sebagai salah satu cara supaya semua alumni yang datang dapat beramah mesra diantara satu sama lain. Disamping itu juga  alumni dapat mengimbas kembali aktiviti2 yang pernah dilakukan dahulu ketika dizaman persekolahan. Kebanyakkan diantara alumni sudah lebih 10 tahun tidak berjumpa malah ada yang lebih senior mencecah 20 tahun tidak  berjumpa. Kegembiraan jelas terpancar diwajah para alumni, tidak kering gusi dengan telatah dan cerita2 lama mereka ketika dizaman sekolah.
     Ketika sesi dialog diadakan diantara AJK majlis dan alumni, banyak idea dan pandangan serta cadangan yang diberi bagi hala tuju alumni untuk masa akan datang. Diantaranya cadangan untuk menubuh kan alumni sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar bagi mengumpul seramai mungkin bekas2 pelajar Semenda dan juga membantu bekas2 pelajar Semenda yang kurang bernasib baik dari segi kesihatan dan pembelajaran anak2. Alhamdulillah dengan sebulat suara AJK yang terlibat dengan majlis ini telah bersetuju untuk menubuhkan alumni Semenda sebagai satu pertubuhan yang berdaftar. Pada tarikh 27 Julai 2010 alumni semenda telah didaftarkan dengan nama " PERTUBUHAN SEDEKAD ALUMNI SEMENDA 89-98"....

  
Pengerusi Pengelola menyampaikan cenderahati kepada YB Dato DR Awaludin

Pasukan koir terdiri dari AJK majlis menyampaikan lagu Semenda

No comments:

Post a Comment